Perayaan “April Fol’s Day” mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang oleh tentera-tentera Kristian.Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun masih tidak berpuashati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari muka bumi Sepanyol.Penduk-penduduk Islam ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokannya harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke pelabuhan.Pada masa inilah tentere-tentera Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah-rumah penduduk Islam ini.Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang penduduk Islam dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut serta meraikan “April Fool’s Day” tanpa menyedari mereka juga turut merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri...so kite sbg umat islam..hendaklah selalu muhasabah diri..ape yg tak kne dgn diri kte..elok lah d improve dr semasa ke semasa..Keraiaan ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaj di Sepanyol tetapi juga di serata dunia termasuklah di negara kita.(Petikan daripada “Risalah Fitrah”)