Wednesday 15 June 2011

kisah si kurus..

 olaaa..da lame sgt2 aku tak update blog neh..dono why..asek mls je..haha..k la..ari neh aku yg keboringan tlh search 1 web bout thin girl..yeahhh..aku mmg kurus..dulu aku mgaku kau mmg gemok..chubby..time form5adik2 junior ske pggl aku akak tembam..sumpah aku benci  ble d gelar begitu..n yg plg aku benci aku de double chin..siyes..sgt3 nyampah..ase nak potong kot..hahaha..gilak..weight aku time tue sgt2 la hebat..50kg..of kos la..gemokk..haha..n abes form 5..aku terlibat plak ngan plkn..sumpah..ase nak mati..takott..taknak pisah ngan parent...takot antu gak..1 week aku nagis nak balek..sampai parent aku dtg..haha..klakar..aku nagis kat DM ble nampak ma aku..cm 10 taun tak jmpe..opss.sorry bkn nak cite sal plkn..tp cmne aku bleh jd kurus..akibat penat!letih!aktif kat plkn..akhernye ain yg gemokk jd kurus cm lidi..yeahh..sume org tak cye tgk aku jadik kurus..hebat..aku tap payah g london weight management pon..so sape2 yg nak kurus g la national service slame 1 taun..hahahah..n akibat terlalu kurus..aku nak derma darah pon tak bleh..sorry dik..berat adik 38 je..tak bleh nak join derma darah..wawawa..kami hnye trima berat 40 n something je..tercalar hati aku kot..nak bt baek tp..huhuhu..sabo jela..n lg 1 kisah...aku g apply navy..kne halu balik kot..maaf..berat cik tak cukup..lg skali hati aku terguris...huhuhu..n aku br taw upenye org kurus neh byk problem...takotnyeee...nekad..start esok..aku akan telan blek multivitamin aku yg besar gler tue..walaupon tak sedap..aku kne tambah berat aku..for my sake.. n nie aku nak share info bout si kurus2 yg seangkatan ngan aku.. 



Kita sering mendengar orang kita merungut kerana obesiti, terlebih berat badan, atau dalam istilah popularnya ‘gemuk sangat-sangat‘. Tetapi pernahkah kita mendengar orang kita merungut kerana badan yang terlalu kurus? Aku yakin ramai dikalangan kita yang jarang mendengar akan orang Malaysia yang merungut kerana terlalu kurus, kerana negara kita ni kaya dengan makanan yang ‘sihat-sihat’. Kalau di Afrika, mungkin selalulah kita nampak, ye tak? Namun, definisi ‘terlalu kurus’ aku di sini ialah, jika angka BMI individu tersebut terletak di bawah 18. Buat mereka yang mempunyai julat BMI di antara 18 hingga 22, jangan nak memandai-mandai claim yang korang tu terlalu kurus ye, sebab terlalu kurus sangat pun sebenarnya tak elok (orang putih panggil too skinny).
Jangan sesekali kita ingat hanya mereka yang gemuk sahaja cenderung untuk berhadapan dengan penyakit berbahaya. Malah, individu yang memiliki badan terlalu kurus juga berhadapan dengan risiko yang lebih kurang sama kesannya, cuma dalam versi yang lain.
Berikut Susu Sejat senaraikan beberapa penyakit yang berisiko tinggi untuk dihidapi mereka yang terlalu kurus.
1 - Osteoporosis
Kesihatan tulang akan terjejas jika terlalu kurus. Diet yang kurang nutrien, lebih-lebih lagi kalsium, akan mengakibatkan tulang menjadi kurang sihat, sekaligus rapuh.
2 - Masalah Kesuburan
Wanita yang terlalu kurus cenderung mengalami masalah berkaitan kesuburan (menstrual), sekaligus membawa kepada masalah haid yang tidak teratur dan sukar untuk hamil. Teringat aku sebuah filem kantonis Hong Kong, babak apabila si ibu berusaha memilih menantu untuk anak lelaki kesayangan mereka, salah satu kriteria mereka ialah mencari gadis-gadis yang sedikit ‘berisi’ kerana yang berisi tu ‘subur-subur’, Hehehe..
3 - Kurang Daya Tahan
Lemahnya sistem imun tubuh badan adalah disebabkan individu tersebut tidak berupaya untuk melawan virus dan antigen. Keadaan ini menyebabkan individu terbabit sering dijangkiti penyakit dan sukar untuk pulih dengan cepat daripada sakit.
4 - Lesu
Mereka yang terlalu kurus mungkin memanjang kelihatan lemah lesu, pucat dan sering kesejukan, kerana kurangnya isipadu otot yang bekerja untuk membakar kalori.
5 - Keguguran rambut
Individu yang terlalu kurus sering mengalami masalah psikologi (stres) yang menyebabkan mereka kekurangan apa yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut, disamping hilangnya keupayaan dalam mengawal suhu tubuh. Situasi keguguran rambut ini sering dilihat di kalangan pengidap aneroksia.
Tiga cara mudah untuk mengatasi masalah terlalu kurus secara sihat ialah ambil lebih kalori dari yang sepatutnya, buat senaman pemberat 3 kali seminggu, dan rehat. 3 komponen ini harus dipatuhi untuk menambahkan lagi berat badan secara sihat. Suplementasi seperti ‘weight gainers‘ mungkin membantu, tetapi itu memerlukan wang.



p/s:multivitamin pedivit yg mak belikan tue tak sedap..

0 cakap2 belakang:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




Open Cbox
 

aiNnieyna stoRy Copyright © 2011 Designed by Alieff Artwork