Thursday 31 March 2011

April fool yg bodoh!!

welcome APRIL.esok 1 april...yeahh..1 april slalunye akan di kaitkan dgn april fool or bodohye april..hahahatp aku mmg tak penah sambut pon..ade sesetengah manusia yg masih lg sambut april fool neh..mybe dieorg tak taw pasal tak bole sambut april fool neh bg umat islam or da taw tp saje buat2 tak taw..astaghfirullah..jauhkan lah aku dr sikap begitu..sesungguhnye manusia yg bersikap begitu tergolong dlm golongan munafik..eii..simpang!! k lets read story kat bawah nie..da bace renung2kan la ye..



Perayaan “April Fol’s Day” mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang oleh tentera-tentera Kristian.
Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun masih tidak berpuashati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari muka bumi Sepanyol.
Penduk-penduduk Islam ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokannya harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke pelabuhan.
Pada masa inilah tentere-tentera Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah-rumah penduduk Islam ini.
Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang penduduk Islam dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Keraiaan ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaj di Sepanyol tetapi juga di serata dunia termasuklah di negara kita.
(Petikan daripada “Risalah Fitrah”)
Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut serta meraikan “April Fool’s Day” tanpa menyedari mereka juga turut merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri...so kite sbg umat islam..hendaklah selalu muhasabah diri..ape yg tak kne dgn diri kte..elok lah d improve dr semasa ke semasa..




0 cakap2 belakang:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




Open Cbox
 

aiNnieyna stoRy Copyright © 2011 Designed by Alieff Artwork